Thursday, June 6, 2013

JIWANG

post kali ni aku nak jiwang kejap
kalau tak suka.boleh tekan pangkah laju-laju

aku rasa rimas
bila ada orang yang aku suka
tapi dia dah ada bakal imam dia
tapi kenapa dia masih nak bg harapan
kenapa masih nak bg kasih sayang
kenapa masih mahu sibuk tepi kain tak terkoyak
kenapa sibuk nak cari aku
aku takde apa-apa
aku dengar semua cerita dia
cerita dia pasal bakal imam dia
cerita dia pasal harapan dia
di masa hadapan dia
aku peduli
tapi dari luaran
dalaman aku baran
baran yang sedih
mulanya aku sedih
tapi aku sedar dan aku sayang akan kau
aku doakan kau bahagia dan cepat-cepat kahwin
dengan bakal imam kau yang kau idami selama ni
aku tak simpan dendam
dengki
jeles
lagi tidak
aku gembira
sebab
pilihan kau tepat dan
aku rasa bernasib baik aku kenal kau lambat

kawin kau aku datang,in shaa Allah.kalau takde hal
dengan
tukang masak aku
kalau aku dah kawin dulu

sedikit cacatan : aku tengah siapkan rangka dalam 3 buah cerpen yang akan aku hantar kepada syarikat dirahsiakan.ada rezeki.terbit la.takde.still dapat tidur atas tilam empuk.

tammat

Tuesday, June 4, 2013

KIL (review)

KIL antara filem melayu yang bagi aku best dan sangat tak hipokrit.

KIL nie cerita tentang Akil yang ada masalah dalam hidup dia dan rasa nak bunuh diri.tapi cubaan untuk bunuh diri dia semua gagal.bukan gagal tapi tak mampu nak wat.gagal la tu an.
sampailah satu hari Akil nie jumpa satu agensi(LAB) yang boleh membantunya untuk selesaikan masalah dia untuk bunuh diri.
Akil diculik,rumahnya dirompak.dan dia sangat memarahi akan kejadian itu.
kenapa dia marah?sedangkan dia nak bunuh diri tapi dia takut dengan situasi yang boleh menghuruharakan hidup dia dan menjejaskan nyawa dia.
menunjukkan Akil masih sayangkan nyawanya tanpa dia sedar bila tidak fikir masalah yang dia hadap.
Tambahan Akil jumpa plak Zara yang dia ingatkan nak bunuh dia lepas Akil dapat tau Zara berkerja dengan agensi tersebut.
tapi sebenarnya Zara sangat mengambil berat pada Akil dan Zara bukanlah seperti yang Akil sangkakan
nak tau lebih gi r tengok.aku dah malas nak taip.

antara rahsia yang aku dapat korek tapi pada pandangan aku

-permulaan cerita aku perasaan ejaan KIL sepatutnya KILL tapi L last tue tak jelas dan semakin hilang.menunjukkan yang Akil tak mampu nak KILL diri die atau bunuh diri dia

-semasa dalam LRT.Zara tidak berniat pun nak tengok Akil.sebenarnya dia nak tgk untie india sebelah Akil tue sebab anak untie tue selamatkan nyawa Zara tapi Zara terperasan yang Akil skodeng dia.

-masa Zara nak pilih buah.untie tue tunjuk cara-cara nak pilih buah yang baik.maksud dia pikir la sendiri.

-ending dia yang matinya adalah chong iaitu kucing Akil dan digantikan dgn sati.

korANG TAK paham aku citer gi la tengok........bye

lepas baca nie gi dengar lagu butterfingers-mati hidup kembali



Thursday, May 30, 2013

BOLA

post kali nie bukan nak cari gaduh tapi sekadar nak berkongsi apa dalam kepala hotak aku

pasal rusuhan game pahang jdt.
kenapa nak gadoh?
kenapa nak baling batu?
kenapa fanatik sangat?
kenapa kenapa kenapa

aku tak nak salahkan johor atau pahang.
bagi aku dua-dua sama je.
masing-masing nak protect negeri masing2.
masing2 nak rasa tak salah.
kenapa?

sebab manusia mana pernah puas.
manusia tamak
umat akhir zaman
manusia semakin liar.

orang johor maki2 pahang
orang pahang maki2 johor.
tak sedar ke mereka satu geng  MALAYSIA.

kat england,german,italy liga besar2 dunia takde pun nak gadoh2.releks jew.
nampak tak mengada-ngada kat situ

aku duduk johor dan aku sedih bila baca berita baca pasal fans johor nie bersikap kurang enak(sebelum kes rusuhan ni).tapi pahang takde pulak.tapi aku tak nak salahkan sapa-sapa sebab makin ramai yang jenis mengapi.makin seronok setan menari.

aku bukan nak menyebelahi pahang walaupun aku lahir di pahang.dididik di pahang tapi aku memang sokong pahang sebab team bola diorang hebat secara bekerjasama bukan individu (media tv pun ada cakap)

aku mengharapkan pengdamaian.
udah2 la bergadoh
kecapi keharmonian
produkkan kekebahagiaan

sayangi negera anda.



Sunday, May 26, 2013

Saturday, May 25, 2013

PERSOALAN

untuk post yang bertajuk "BARANG"
akan ada entry pasal

-cara pembunuhan hamzah terhadap ayahnya
-sebab hamzah membunuh bapaknya
-cara detektif menyiasat
-apa terjadi pada ibu hamzah selepas berita pembunuhan hamzah terhadap bapak sendiri

nantikan

tammat

BARANG

lokasi : terminal Bus halilintar

lelaki A : bro nak gi mana?
Hamzah : nak gi KL
lelaki A : pesan barang boleh tak?
Hamzah : barang apa?nak bagi sapa?
lelaki A : ni ha.bawak je.nanti akan ada orang tunggu kau kat pintu masuk
Hamzah : tapi......

lelaki A pun blar dengan pelesitnya tanpa mahu sebarang alasan dari Hamzah.
di beg tersebut ada nombor pasword
jadi sukar untuk Hamzah membukanya.

Hamzah sedang dalam perjalanan mencari ayahnya En Kamal yang sudah 3 bulan hilang serta tidak dapat dihubungi.
ibunya menugaskannya untuk mencari suaminya yang hilang semasa bertugas di KL

setibanya Hamzah di KL.
dia ingin menurunkan dirinya dari perut bus.
tiba2 sejulur kaki keluar dan menyebabkan Hamzah jatuh pengsan

sedarnya Hamzah tiba-tiba berada di atas kerusi dengan tangan dan kakinya terikat kemas dengan tali yang kemas.cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal dan ia memang akan gagal.kalau tak nak gagal tengok lah filem.dalam situasi sekarang Hamzah bukanlah dalam filem.lebih lebih lagi memegang watak hero.

suara kasar kedengaran

lelaki misteri : kau bunuh BOSS aku ?
Hamzah : ha?saya bukan pembunuh tolong lepaskan saya.
lelaki misteri : kau bawak beg tue adalah bukti kukuh kau telah membunuh BOSS aku.
Hamzah : oh.beg tu tadi ada seseorang pesan kat saya dan suruh bagi dekat seseorang semasa sampai kat KL nanti.tapi.....
lelaki misteri : DAHHHHHH.aku takkan terima sebarang alasan.

tiba-tiba kedengaran siren kereta polis dan Hamzah rasa sungguh lega dan sangat bersyukur ada penyelamat.
lelaki misteri tersebut membuka tali ikatan dan menarik Hamzah dan membawa ke arah polis sambil beg misteri tadi dipikulnya juga.Hamzah berasa hairan.

Polis : kamu dah jumpa pembunuh Encik Kamal?
lelaki misteri : sudah ini dia dan buktinya ada dalam beg ini encik.

alangkah terkejutnya Hamzah bila si polis menyebut nama ayahnya dan paling terkejutnya lagi bila di dalam beg tersebut apabila dikopakkan terdapat kepala ayahnya yang sudah dikerat dan mempunyai darah beku.
Hamzah tidak berkata-kata malah menangis meronta ronta.Hamzah dibawa ke balai.

semasa berada di dalam kereta.lelaki misteri tadi telah membuka topeng manusia yang di pakainya dan dia adalah lelaki A yang Hamzah jumpa sebelum menaiki bus ke KL.dia adalah seorang detektif.

Hamzah berbisik
"lahanat betol,pandai kau pasang stategi nak perangkap aku"

Hamzah berbisik lagi
"aku tak tau macam mana kau (lelaki A) tahu aku sebenarnya yang bunuh ayah aku sendiri"

Hamzah datang ke KL adalah untuk pergi menyembunyikan dan menanam mayat ayahnya yang telah disorokkan terlebih dahulu di sebuah gudang.malangnya detektif tadi telah dapat menemui dan mengorek rahsia dan memasang perangkap yang cekap.

alangkah rasa bodohnya Hamzah.

Hamzah : maaf mak,saya terpaksa.

TAMMAT

*akan ada entry untuk melangkap persoalan yang tergantung*

to be continue........

Friday, May 24, 2013

SCHOOLAH II

orang yang dah habis sekolah akan cakap rindu nak sekolah.
itu orang cakap.
aku pulak nak cakap.
aku suka mengenangkan suasana,tingkah laku.nakal nakul.keadaan semasa aku sekolah.
aku kenang balik memang seronok.
tapi semasa aku kat masa itu.
malas.benci.merungut.merepek.benci sekolah.
kene bangun awal pagi.gosok gigi.
masa sekolah memang rasa macam nak sangat abes cepat.
masa sekolah bunyi loceng rehat paling ditunggu untuk makan.
loceng untuk waktu tammat sekolah paling rasa puas macam lepas kene azab
keseronokan dia.tak terkata.

aku tak rindu nak sekolah
tapi aku suka kenangkan waktu aku sekolah.

=D